Tarikh: 24 Oct 2009
Lokasi: Dewan Khir Johari, SKPKPPP
Hari Keluarga disertai oleh murid-murid SKPKPPP, keluarga para pelajar, guru-guru serta staff-staff sekolah. Program ini telahmendapat sambutan yang meriah drp semua pihak. Pelbagai aktiviti telah dijalankan oleh pihak sekolah. Contohnya seperti senamtari, acara lari dalam guni, mengupas kelapa, membawa buah pinang dalam sudu dan lain-lain lagi. Bermula pada jam 8.30 pagi dan berakhir pada jam 12.30 tengahari. Program ini diadakan bertujuan untuk mengeratkan lagi sillaturrahim antara pihak sekolah serta ibu bapa para pelajar.
Diharapkan aktiviti sebegini dapat diadakan bagi merapatkan jurang antara guru-guru dan ibu bapa. Gambar-gambar sekitar program:

Antara ibu bapa yang hadir

Senamtari

Senamtari2

Music chair

Music chair2

Mengupas kelapa

Lari dalam guni



skpkpersekutuan said,
July 14, 2010 @ 4:08 AM
Untuk makluman saudara, di SKPK Persekutuan hanya menjalankan program masalah pendengaran. Saya cadangkan agar saudara merujuk kepada SKPK Jalan Hutton. Sekian, terima kasih