Sejarah

1

Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Persekutuan (SKPKP) pada asalnya merupakan sebahagian Sekolah Kanak-kanak Pekak Persekutuan atau Federation School For the Deaf (FSD)

FSD ditubuhkan pada tahun1954 melalui usaha Toh Puan Lady Templer atas kesedaran tentangkeperluan sebuah institusi pendidikan khas untuk kanak- kanak pendidikan khas (pendengaran). Pada masa itu, tiada peluang pendidikan untuk kanak-kanak ini di Tanah Melayu. FSD merupakan sekolah untuk kanak-kanak pendidikan khas (pendengaran) yang pertama. FSD bermula dengan 7 orang murid dan 2 orang guru bertempat No.47, Jalan Northam, Pulau Pinang. Murid- murid pendidikan khas (pendengaran) dari seluruh Tanah Melayu berebut peluang masuk ke sekolah ini. Menjelang tahun 1959, bilangan pelajar pendidikan khas (pendengaran) telah meningkat hingga 60 orang. Walau bagaimanapun, pendidikan yang dibekalkan terhad kepada peringkat sekolah rendah sahaja.

Menjelang tahun 1961, latihan vokasional mula diperkenalkan. Bilangan murid sekolah kian bertambah. Justeru itu, pihak sekolah telah memperoleh sebidang tanah seluas 12 ekar di Jalan Lembah Permai, Tanjung Bunga pada 1963. Bangunan sekolah yang baru siap dibina pada tahun 1969 dan FSD menjadi sebuah sekolah kerajaan.

Pada mulanya, FSD hanya merupakan sebuah sekolah rendah. Pendidikan peringkat sekolah menengah tidak dibenarkan pada masa itu kerana beranggapan bahawa murid-murid pendidikan khas (pendengaran) tidak berupaya belajar dengan lebih cemerlang.  Walau bagaimanapun, pihak sekolah telah memebuka kelas peringkat lanjutan yang dikenali sebagai Kelas 7, Kelas 8, Kelas 9 dan Kelas 10. Dengan cara ini, murid-murid dapat meneruskan pelajaran serta menduduki peperiksaan awam peringkat menengah rendah. Pada tahun 1970, pihak yang berkenaan telah meluluskan pendidikan peringkat menengah setelah melihat pencapaian cemerlang murid-murid pendidikan khas (pendengaran) dalam peperiksaan awam.

seklama

Dalam pengajaran pembelajaran, FSD pada peringkat awal menggunakan kaedah lisan. Pada tahun 1970, sekolah ini telah mengambil inisiatif memperkenalkan kaedah komunikasi seluruh secara percubaan dengan kebenaran Kementerian Pendidikan. Selepeas membuktikan kaedah ini lebih berkesan, pihak Kementerian Pendidikan telah mengarahkan kaedah komunikasi seluruh dilaksanakan di semua sekolah pendidikan khas.

Kemudian, pada tahun 1987, FSD telah dipecah kepada dua buah sekolah iaitu Sekolah Menengah Pendidikan Khas Persekutuan dan Sekolah Rendah Pendidikan Khas Persekutuan.

Sepanjang 50 tahun sejarah perkembangannya, sekolah ini telah melahirkan beribu orang murid pendidikan khas (pendengaran) yang berjaya melanjutkan plajaran ke sekolah menengah. Murid-murid yang menamatkan persekolahan dari SKPKP dikenali dengan budi bahasa, sahsiah dan budi pekerti yang tinggi. Kejayaan mereka dalam bidang akademik memang lemah serta kurang menonjol tetapi mereka berjaya dididik sebagai murid-murid yang berbudi bahasa dan bermoral tinggi. Bagi para pendidik di sini, kejayaan ini sangat bermakna kerana anak didik kami telah berjaya.

1055571zjb59rbch9

2 Responses so far »

  1. 1

    Hai saya pekek sekolah Kelantan ya….Tolong saya pindah Penang tapi terima surat pada hantar posmen di pasir puteh..Kelantan boleh tolong…Saya mak telefon 012 954 6978


Comment RSS · TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: